Sekitar tahun lalu, muncul dakwaan yang mengatakan isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar hamil anak pertama.
Namun dakwaan itu kemudiannya sepi begitu sahaja dan tidak pula muncul mana-mana pengesahan daripada Syamsul mahupun Ira Kazar sendiri.
Meskipun begitu, menurut sumber, katanya memang sah Ira sedang hamil anak sulung tetapi tidak dapat dipastikan usia kandungannya.
Malah, pengarah itu juga didakwa mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan menyebabkan isterinya senyap seketika dari dunia media sosial.
Jika memang benar sah hamil, tahniah diucapkan buat Syamsul dan Ira Kazar. Nampaknya Datin Patimah dengan suami, Datuk Yusof Haslam bakal timang cucu baru la nampaknya!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.