“Ira Cakap Sol Memang Nak Cerai…” – ‘Kawan’ Ira Kazar Dakwa Syamsul Takut Puteri Sarah Tuntut Harta Sepencarian?

Trending

“Ira Cakap Sol Memang Nak Cerai…” – ‘Kawan’ Ira Kazar Dakwa Syamsul Takut Puteri Sarah Tuntut Harta Sepencarian?

Tindakan Syamsul Yusof yang enggan ‘melepaskan’ isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika sebutan kes pada Selasa baru-baru ini, masih menjadi bualan hangat ramai terutamanya di media sosial.

1 year ago

Hanya Beri Isyarat 'Allah Yang Satu', Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Advertisement

Puteri Sarah sendiri meminta Syamsul untuk melepaskannya memandangkan mereka sudah tidak menjalani kehidupan berumah tangga selama setahun.

Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami.”

Ibu kepada dua anak itu sendiri tidak mengerti mengapa Syamsul berbuat sedemikian dan apa yang dimahukannya namun memberi alasan ‘masih ada sinar’ dalam hubungan mereka.

Semalam, menerusi Instagram story Sarah ada berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada seorang individu yang mendakwa kawannya mengenali Ira Kazar.

Dakwa individu itu, Ira berkata Syamsul mahu bercerai namun enggan berbuat sedemikian kerana tahu Sarah akan menuntut harta sepencarian.

Sol memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Kalau cerai nanti sis (Puteri Sarah) akan tuntut harta pencarian mesti dia akan miskin.”

Bagaimanapun, tidak pasti jika individu yang menghantar mesej itu bercakap benar atau betul-betul mengenali Ira Kazar seperti didakwanya.

Maklumlah, bila timbul cerita atau gosip hangat artis mesti akan ada yang muncul dan mengaku mengenali si polan. Apa-apa pun, Min doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...