Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Iqram Dinzly Tidak Mahu Buat Kerja Gila Lagi, Malu Dengan Perbuatan Sendiri

Pernah mencetuskan kontroversi kerana kelakuannya yang pelik sehingga ada yang menganggap beliau sudah tidak siuman lagi, pelakon Iqram Dinzly akhirnya sudah menemui semula dirinya pada 10 malam terakhir Ramadhan lalu dan kini menjalani kehidupan biasa seperti manusia normal.

Advertisement

Iqram akui cara beliau mengekspresikan setiap perasaan dalam jiwanya dan terlalu leka melayan diri membuatkan ramai yang salah sangka beliau sudah tersimpang jauh dari landasan Islam sebenar. Hakikatnya orang di sekeliling tidak akan memahami apa yang dirasainya sebaliknya dikecam pula.

Malu dengan perbuatannya itu, Iqram kini berjanji tidak akan mengulangi kerja gila yang beliau pernah lakukan.

Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu. Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.

Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling tidak faham apa yang saya rasa.

Advertisement

Iqram dengan rasa rendah hati turut memohon maaf kepada semua pihak yang terganggu ataupun terguris hati dengan perbuatannya dahulu. Semoga selepas ini Iqram akan terus bersemangat untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Lyla

    July 6, 2018 at 11:03 am

    Duit dlm akaun dh kering lah tu…..mohon nk belakon semula…….

  2. Anonymous

    July 4, 2018 at 10:59 pm

    Aku rasa Iqram Dinzly terkena mental illness, in other words anxiety disorder atau depresi yang tidak dirawat oleh Pakar Psikiatri.

    Sebenarnya apabila kita menghadapi tekanan jiwa macam ni, kalau selepas solat, baca quran dan buat benda2 baik depresi dan kebimbangan melampau tu berterus terusan melebihi 4 minggu, kena jumpa pakar psikiatri, bukan ustaz dan bukan tok moh, dan pastinya bukan menaru nari atas pentas AJL hahaha.

    Pasal psychiatric treatment, tidak payah beritahu kepada orang. Pergi senyap2. Jangam update social media dan rehat sekejap.

    Memang akan take 6 to 12 months dengan bantuan kaunseling dan terapi dan ubat bagi yg serius.

    Aku just nak cakap, Kate Spate yg funny witty tu, Anthony Bourdain yg very famous traveller and chef yang korang tengok dalam Parts Unknown dan Robbie Williams si comedian, semua nampak ok nampak happy. Tapi psychiatric illness tak dirawat tu pasal bunuh diri. Iqram dah pernah pakai skirt, menari nari dll, kena usaha maintain jumpa pakar psikiatri. Tak payah mengaku ada jumpa pun. Diam2 sudah. Yang penting sihat balik dan boleh cari makan. Insyaallah.

  3. Dylan

    July 4, 2018 at 3:13 pm

    Dulu kan, aku suka Iqram especially dalam Cinta Medik yang cintanye je yg banyak, mediknya ke laut tapi takpa. Aku suka Iqram memang boleh jadi pelakon jiwang yang baik. Lol. Sampailah dia jadi macam yang haritu….?

  4. anonymous

    July 4, 2018 at 9:45 am

    Put on some weight, you’ll look better.

    • Anonymous

      July 4, 2018 at 11:16 am

      aku setuju.. kasi chubby skit sure hensem balik mcm dulu

  5. isabel basha

    July 4, 2018 at 6:40 am

    Alhamdulillah .. amin amin

Loading...
To Top