July 3rd, 2018

Pernah mencetuskan kontroversi kerana kelakuannya yang pelik sehingga ada yang menganggap beliau sudah tidak siuman lagi, pelakon Iqram Dinzly akhirnya sudah menemui semula dirinya pada 10 malam terakhir Ramadhan lalu dan kini menjalani kehidupan biasa seperti manusia normal.

Iqram akui cara beliau mengekspresikan setiap perasaan dalam jiwanya dan terlalu leka melayan diri membuatkan ramai yang salah sangka beliau sudah tersimpang jauh dari landasan Islam sebenar. Hakikatnya orang di sekeliling tidak akan memahami apa yang dirasainya sebaliknya dikecam pula.

Malu dengan perbuatannya itu, Iqram kini berjanji tidak akan mengulangi kerja gila yang beliau pernah lakukan.

Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu. Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.

Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling tidak faham apa yang saya rasa.

Iqram dengan rasa rendah hati turut memohon maaf kepada semua pihak yang terganggu ataupun terguris hati dengan perbuatannya dahulu. Semoga selepas ini Iqram akan terus bersemangat untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Sumber Berita : BH ONLINE


14 responses to “Iqram Dinzly Tidak Mahu Buat Kerja Gila Lagi, Malu Dengan Perbuatan Sendiri”

  1. lily says:

    iqram is back..terbaik iqram…

  2. MAKCIKBAWANGPUTIH says:

    aku suka lakonan die sebelum nih, kalau badan die berisi sikit lagi mmg hensem betul! moga iqram kuat dan hadapi perjalanan hidup yang allah aturkan sebaik2 nya. AMIN

Loading...