Iqram Dinzly nama yang sejak beberapa hari ini tidak henti menjadi bualan hangat netizen gara-gara sikapnya yang dikatakan semakin pelik. Terbaru, netizen sekali lagi dikejutkan dengan status di Instagram Iqram yang ingin menawarkan diri untuk melakukan aksi tidak senonoh iaitu seks oral dengan seorang lelaki.
Status tersebut menggunakan perkataan yang lucah dan pada masa yang sama ingin memberi amaran kepada lelaki berkenaan.
Semuanya bermula apabila Iqram dipercayai merasa bengang dengan kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Zaidi Zainal yang menegur sikap pelik Iqram dan menyatakan fikiran artis itu mula terganggu sejak ayah beliau kembali ke rahmatullah.
Tidak dinafikan, kadang-kadang ada sesetengah komen netizen boleh membuatkan seseorang itu semakin tertekan dan murung, tetapi ada juga ingin mendoakan agar Iqram kembali pulih dan mendapatkan rawatan pakar untuk apa jua masalah yang beliau sedang hadapi. Kami juga sebenarnya mengharapkan Iqram terbuka hati ke arah itu dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Kita tidak tahu apa sebenarnya “pergelutan” jiwa yang beliau lalui sekarang.