Risau dengan keadaan sahabat baiknya, Iqram Dinzly, pelakon Johan As’ari memberitahu beliau ada melawat Iqram dan membawa beliau bertemu dengan ahli agama terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias.
Menerusi akaun Facebook Ustaz Kazim, beliau meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan Iqram dan Johan. Beliau berpendapat Iqram seorang insan yang mempunyai pemikiran yang halus.
Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, okey sangat. Lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-Allah, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat.
Bertuah sungguh Iqram dan Johan dapat bertemu dengan Ustaz Kazim dan akan mendalami ilmu agama dengan seorang yang disegani. Alhamdullillah. Semoga Iqram akan lebih tenang selepas ini.