January 8th, 2018

Iqram Dinzly telah menimbulkan satu lagi kontroversi apa bila merujuk kepada Nabi Muhammad SAW sebagsi ‘ Che Mat’ ketika ditemu bual di program Melodi TV3. Iqram melalui siaran langsung di Facebook Sinar Harian bagaimanapun telah meminta maaf atas keterlanjurannya.

Iqram memberitahu:

Sebelum program itu bermula, memang saya agak kelam kabut. Saya bertolak dari Perak dalam keadaan tidak cukup tidur, dan sebelum sampai ke stesen televisyen itu, tayar kereta saya pula pecah.

Perkataan itu terkeluar tanpa sengaja dan apabila sedar, saya cepat-cepat perbetulkannya semula.

Tiada niat langsung untuk menghina junjungan besar kita yang mulia.

Video itu boleh ditonton sepert di bawah:

Kelakuan pelik Iqram mula mendapat perhatian beberapa minggu lepas sehinggakan ada mendakwa pelakon itu mengalami simptom kemurungan dan perlu mendapatkan rawatan klinikal.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh beberapa rakan artis yang mendakwa Iqram hanya mencari perhatian bagi tujuan promosi perniagaanya. – beautifulnara.com

 


7 responses to “Iqram Dinzly Minta Maaf Insiden Panggil Rasulullah Che Mat”

  1. Pharsa says:

    We all know Trump is the servant of the devil and we can expect how much he despise Islam But this unacceptable act upon our beloved Prophet is done by a Muslim-born human by blood which is an awful disgrace and by far the worst Islamic offensive remark ever happened. Such a bad example for our future generation.

Loading...