January 15th, 2019

Didakwa gagal untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM77,000, pelakon Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keputusan itu disampaikan oleh peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa.

Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal. Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja.

Sebelum ini, pihak mahkamah telah mengarahkan beliau untuk membayar cukai itu dalam masa dua bulan. Percubaan Iqram untuk berbincang mengenai isu tersebut gagal dan beliau diminta untuk membayar RM77,000 dalam masa 10 hari.

Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000. Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis.

Iqram juga bertegas dengan pendiriannya, tidak akan kambali berlakon semata-mata untuk membayar hutang tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro


76 responses to “Iqram Dinzly Diisytihar Muflis, Hutang RM77,000”

  1. W?at’? up, this we?ke?nd iss ppeasant in support of me,
    as this point ?n time i am reading this impressive informative
    piece of writting here at my home.

  2. R says:

    Klu aku jadi artis aku tak declare pun LHDN Tenguk Aku berlakon berapa drama. Berapa siri? Agak2 berapa bayaran per siri Lagi banyak muka aku kt drama atau program TV, lagi laju LHDN kira ….. Ching ke cheng cheng ….. yang belum buka fail LHDN baik gi settle. Kalau tak bayar later you will be famous for the wrong reason. Nak ingatkan jer. .

Loading...