Semalam adalah episod pertama Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang menyaksikan Iqram Dinzly sebagai pengacara baru program ini. Abang Nara tak sempat tengok sebab sedang seronok bermandi-mandi di Eagle Ranch Port Dickson. Namun untuk mengetahui reaksi penonton, Abang Nara sempat bertanyakan pendapat anda semua di Facebook BeautifulNara.
Walaupun ada sedikit komen negatif, rata-rata penonton sangat berpuas hati dan gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Iqram Dinzly semasa mengacarakan JJCM. Nampak natural, sempoi dan tak control antara komen-komen yang telah diterima. Yang penting, Iqram nampak sangat berselera ketika mencuba makanan yang dipesan.
Diharap dengan perlantikan Iqram Dinzly sebagai pengacara baru, rating untuk JJCM akan kembali meningkat. Kepada Iqram Dinzly, tahniah atas kejayaan anda mengacarakan program ini. Keep up the good work. Semoga anda.a terus maju jaya.
rita
July 5, 2012 at 5:39 pm
lor,aku ada tgk dia wat penggambaran kat ara damansara, igt wat rancangan per…rupanya jjcm…this week kena tgk lah…
love jalan2 cari makan
July 3, 2012 at 3:20 pm
iqram dinzly best sangat, hope die terus mengacara jalan jalan cari makan…suka tengok cara die makan, sampai berpeluh2 n merah muka…. hope iqram kekal di jala-jalan cari makan
Pingback: Iqram Dinzly Dapat Reaksi Positif Sebagai Pengacara Baru JJCM | HatiBlogger [dot] Com
KikiLulu
July 2, 2012 at 10:24 pm
Well done bro! ko 1000x lebih baik dr 2 eko tu.. baru ADE FEEL NK TGK BALIK
Anonymous
July 2, 2012 at 8:26 pm
Mesti dia chubby nanti sbb makan free