Ramai yang sudah lega melihat perubahan pelakon Iqram Dinzly yang kini lebih positif berbanding sebelum ini yang penuh dengan kontroversi.
Walaubagaimanapun, Iqram kembali dikecam netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucah di foto poster Uqasha Senrose yang membawakan watak bunian dalam filem Hantu Kak Limah.
Komen Iqram mengundang sedikit perbalahan di kalangan peminat yang menganggap pelakon lelaki itu biadap dan masih belum ‘pulih’ sepenuhnya. Namun, Iqram memberitahu beliau bukannya ingin berlaku biadap tetapi hanya kagum dengan transformasi dalam lakonan Uqasha yang telah berjaya melakonkan watak bunian itu.
Iqram dan Uqasha sememangnya berkawan baik daripada dahulu dan mereka berdua sudah memahami perangai antara satu sama lain. Malah, Uqasha sedikit pun tidak terkesan dengan komen Iqram.