Iqram Dinzly Balas Pada Fara Salleh, Geram Kerana Burukkan Nama Shuk Sahar – “Seolah-Olah Play Victim Macam Awak Angel”

Hiburan

Iqram Dinzly Balas Pada Fara Salleh, Geram Kerana Burukkan Nama Shuk Sahar – “Seolah-Olah Play Victim Macam Awak Angel”

Pelakon dan usahawan, Iqram Dinzly membalas semula kata-kata Fara Salleh, isteri kepada pelawak yang juga rakannya, Shuk Sahar.

Menerusi IG story, Iqram berkata dia bersuara dan mempertahankan Shuk kerana Fara memburukkan nama pelawak itu sebagai seorang selebriti.

Advertisement

Narsistik awak itu sukar dibahas. Saya akui tak perlu masuk campur rumah tangga kamu. Cuma jadi geram apabila kamu cuba merosakkan nama sahabat kami, Shuk Sahar yang berusaha gigih memenuhi kehendak kamu.

iqram dinzly

Tambah Iqram, Fara yang memulakan dahulu mengeluarkan kenyataan sehingga menjadi tular dan berkata wanita tersebut seharusnya pergi ke saluran yang betul sekiranya benar dia menyayangi suaminya.

Sekiranya benar awak sayang, tidak perlu guna media sosial untuk rasa diri itu lebih benar. Pusat kaunseling ada. Masjid ada. Pejabat agama ada. Tapi bila awak kongsi pada dunia, bererti sesiapa pun ada hak juga untuk mempertahankan sahabatnya.

fara salleh dan shuk sahar

Iqram juga berkata Fara tidak seharusnya menggunakan media sosial untuk melontarkan kata-kata seperti sebelum ini dan ‘play victim’ meskipun jika ada kesilapan daripada pihak Shuk.

Pergi amik wuduk. Solat taubat dan istikharah. Mohon pada Allah petunjuk. Baca Al Quran kemudian cari buku kisah Siti Khadijah dan Sirah Nabi. Sekarang awak boleh tengok sendiri komen netizen siapa yang benar siapa yang salah.

ig story iqram dinzly

iqram dinzly balas fara salleh

Fara Salleh sound Iqram Dinzly
3 months ago

‘Back Up’ Shuk Sahar, Fara Salleh ‘Sound’ Iqram Dinzly Jangan Sibuk Hal Rumah Tangganya - “Bukan Aku Kahwin Dengan Kau”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...