Iqram Dinzly Akui Tertekan Kerana Netizen

Hiburan

Iqram Dinzly Akui Tertekan Kerana Netizen

Beberapa minggu sebelum ketibaan tahun 2018, rakyat Malaysia khususnya peminat hiburan tempatan dikejutkan dengan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly menerusi siri Instagram Live beliau.

Advertisement

Tidak dinafikan, beliau menerima pelbagai kecaman dan turut mendapat perhatian pakar psikologi yang menyatakan beliau perlu mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah yang sedang beliau hadapi.

Menerusi portal Kosmo Online, Iqram akui beliau mengalami tekanan tetapi bukanlah berpunca daripada pemergian ayahanda tercinta sebaliknya dengan netizen yang mencetuskan spekulasi dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Tekanan? Adalah sedikit mengalami tekanan. Bagaimanapun, tekanan itu bukanlah berpunca daripada pemergian arwah bapa saya, sebaliknya saya tertekan dengan manusia bernama netizen ini.

Mereka sesuka hati mahu mengecam orang dan menabur fitnah yang bukan-bukan. Siapa mereka untuk berbuat demikian? Pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada saya, jadi saya pulangkan semula kepada mereka, tetapi ada pula yang berasa diri mereka terancam.

Meskipun tertekan dengan segala komen negatif netizen, Iqram bagaimanapun tidak merencana untuk menutup akaun Instagram beliau. Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak ataupun individu untuk membantu  jika benar dirinya sudah tidak waras seperti yang didakwa sebelum ini.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

22 Comments

  1. Kaufikirkausiapa

    January 1, 2018 at 6:57 pm

    Netizen tu user of the internet. Semua org yg main internet. Kau pun salah sorang netizen. Define kau sendiri netizen yg macam mana? Normal, attention seeker? And cara nak lawan or avoid “netizen” .macam mana? Jgn main internet.

  2. Pemerhati

    January 1, 2018 at 3:14 pm

    Haritu meroyan, katanya seni. Tetiba pusing pulak kata tertekan sbb netizen. Bang.. Cuba bawak meniaga kat pasar mlm, tgk orang tertekan tak dgn hidup skrg, brg mahal, tapak niaga mahal, org kurang membeli sebab semua pun rasa terjejas dgn thp ekonomi skrg. Kuasa membeli berkurang. Dorang tak famous macam awk utk promo bisnes masing2. Awk ada medium baik, tp cara awk nak promo business tak bijak langsung. Please be smart lah.

    • Sumandak

      January 1, 2018 at 4:27 pm

      Betul..betul..betul.. heran ba..apa punya promosi perniagaan cam tu? Klu aku la bakal client, aku x la mau beli produk drg.. macam senteng ja.. ish.. promo patut upkan diri dengan benda baik2.. Ni buat benda mengarut.. sebelum dia buat benda acah2 ‘sot’ ni manada netizen kecam pun.. dah ko yg upload perangai buang tebiat… Minta puji ka tu? Tu namanya minta maki.

  3. siti

    January 1, 2018 at 12:59 pm

    netizen ke,negativiti ke,muahckit,nyit2 kenyit mata,ape2 je iqram .. pls stop all this nonsense,ttup akaun,jalani hidup cm biase,msti netijen smua snyap,sbb dh xda bnd nk tgok,klau rsa nk bt live,blh,tpi private kn,jdi spe pon xtgok,dn x bckap.

  4. Anonymous

    January 1, 2018 at 12:12 pm

    Kesian …..pagi kesian aku tak pernah pun kau berlakon

  5. Anonymous

    January 1, 2018 at 11:17 am

    Ikhlas saya cakap….pada saya Iqram memang memerlukan rawatan pakar jiwa.Dari cara dia bercakap dan rupa paras serta penampilan beliau sekarang saya katakan bahawa Iqram memang kurang waras dan memerlukan rawatan.