Beberapa minggu sebelum ketibaan tahun 2018, rakyat Malaysia khususnya peminat hiburan tempatan dikejutkan dengan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly menerusi siri Instagram Live beliau.
Tidak dinafikan, beliau menerima pelbagai kecaman dan turut mendapat perhatian pakar psikologi yang menyatakan beliau perlu mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah yang sedang beliau hadapi.
Menerusi portal Kosmo Online, Iqram akui beliau mengalami tekanan tetapi bukanlah berpunca daripada pemergian ayahanda tercinta sebaliknya dengan netizen yang mencetuskan spekulasi dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.
Tekanan? Adalah sedikit mengalami tekanan. Bagaimanapun, tekanan itu bukanlah berpunca daripada pemergian arwah bapa saya, sebaliknya saya tertekan dengan manusia bernama netizen ini.
Mereka sesuka hati mahu mengecam orang dan menabur fitnah yang bukan-bukan. Siapa mereka untuk berbuat demikian? Pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada saya, jadi saya pulangkan semula kepada mereka, tetapi ada pula yang berasa diri mereka terancam.
Meskipun tertekan dengan segala komen negatif netizen, Iqram bagaimanapun tidak merencana untuk menutup akaun Instagram beliau. Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak ataupun individu untuk membantu jika benar dirinya sudah tidak waras seperti yang didakwa sebelum ini.

daftar judi online terpercaya di
April 12, 2018 at 7:02 am
My brother recommended I might like this blog. He was once entirely
right. This put up actually made my day. You can not consider simply how
so much time I had spent for this information! Thank you!
makhayam
January 3, 2018 at 9:00 am
kitaorg pun tertekan dgn kau. abih tu cmna
saasdadf
January 2, 2018 at 12:30 pm
Kalau tertekan.. then..get off from the social medias!!!!