Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Iqram Dinzly Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous

Dengan tidak berselindung lagi, pelakon dan pengacara Iqram Dinzly mengaku kepada mStar Online yang dirinya terkejut sebaik saja mengetahui tentang kisah pertunangan Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof. Ini kerana dia tidak menyangka yang wanita itu mempunyai kekasih hati.

Tambah Iqram, dia hanya mengetahui tentang pertunangan tersebut dua minggu sebelumnya melalui media. Katanya:-

Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

Advertisement

Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam.

Menurut Iqram lagi, dia tidak lagi berhubung dengan Fouziah sejak wanita itu melangsungkan pertunangan. Iqram turut mendoakan kebahagian Fouziah, dan menafikan tubuhnya makin kurus kerana ‘makan hati’ dengan pertunangan tersebut.

Sebaliknya, badan Iqram susut kerana sibuk bekerja, tambahan pula sekitar Februari, dia menjalani penggambaran sebuah drama selama dua bulan di Singapura.

Iqram Dinzly kacak orangnya dan pandai memasak pula. Rasanya tidak sukar beliau mencari pengganti. Kata orang, ada banyak ikan dalam laut. Kann?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top