Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Iqa Mentor Sakit Tulang Belakang Dan Urat Saraf Kronik, Sudah Tidak Mampu Uruskan Diri

Anda masih ingat dengan Iqa yang menjadi protege  kepada Edry Abdul Halim bagi program realiti Mentor 5? Iqa yang popular dengan lagu Di Penghujungya kini sedang terlantar sakit di hospital sejak bulan Jun lepas akibat sakit tulang belakang bengkok, penyakit urat saraf kronik dan gangguan otot.Iqa kini sudah tidak mampu menguruskan dirinya dan bergantung hidup dengan suaminya, Raja Azlan.

Advertisement

Mula-mula dulu saya cuma sakit pinggang biasa. Kemudian ia melarat sedikit demi sedikit sehingga mengalami sakit pinggang yang teruk,tidak boleh tunduk,berasa sakit setiap kali duduk dan sekarang langsung tidak boleh duduk. Kebanyakan masa saya baring saja.Sakitnya yang saya rasa hanya Allah SWT saja yang tahu.

Iqa sebenarnya tidak mahu menagih simpati ramai, namun beliau akur apabila berita tentang sakitnya ini sudah diketahui penggiat industri hiburan tanah air dan dihebahkan dengan tujuan dan niat yang baik untuk membantu beliau.

Untuk anda yang ingin memberikan sumbangan buat Iqa, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Noor 164089815361.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top