IQ Melebihi Stephen Hawking, Anak Malaysia Ini Dinobatkan Budak Tercerdik Di Australia

Trending

IQ Melebihi Stephen Hawking, Anak Malaysia Ini Dinobatkan Budak Tercerdik Di Australia
Sharvin memilik skor IQ 8 mata lebih dari Stephen Hawking

Sharvin memilik skor IQ 8 mata lebih dari Stephen Hawking

Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia di Australia telah dinobatkan sebagai kanak-kanak tercerdik oleh pertubuhan bijak pandai, MENSA.
Memetik laporan DailyMail, Sharvin Jeyendran dari Butler mempunyai skor IQ 168, lapan mata lebih tinggi dari Stephen Hawking, lapor Nine News Perth.

Dengan skor IQ tersebut, melayakkan Sharvin menempatkan dirinya dalam kalangan 2 peratus teratas golongan cerdik pandai dalam dunia.

Advertisement

Ibu kepada pelajar di kolej The Sacred Heart College itu, Deva Jeyendran berkata dia mengetahui tentang keistimewaan itu apabila anaknya mula boleh bercakap berpatah-patah perkataaan ketika berusia 9 bulan.

Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal, seperti mana seorang kanak-kanak dua atau tiga tahun boleh bercakap dengan ayat dan tatabahasa yang betul“, katanya.

Pelajar berusia 14 tahun itu juga mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depannya.

“Bila saya dewasa saya mahu menjadi saintis biologi, Saya mahu cuba mencari penawar untuk kanser

“Saya juga mahu menjadi ahli biologi marin untuk mengembara lautan dan mempunyai badan kebajikan sendiri untuk orang miskin di dunia ini“, kataya sebagaimana laporDailymail.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...