Isu rogol adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dijadikan bahan gurauan terutamanya terhadap individu yang menjadi mangsa.
Namun, menyedihkan apabila masih ada kelompok masyarakat yang masih kolot pemikiran dan membuat lawak membabitkan isu rogol.
Tiga individu yang mempunyai ramai pengikut di platform TikTok menerima kecaman hebat selepas membuat lawak rogol ketika dalam satu sesi ‘live’.
Rakaman siaran langsung itu telah dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter dan ia mengundang pelbagai respon serta kritikan netizen.
Walaupun lawak tu kononnya macam lelaki yang kena rogol tetapi isu rogol tetap bukan sesuatu yang kau buat main-main dan gelak-gelak. IQ masing-masing kat tapak kaki.”
I dont know these people but one thing for sure, tak berapa nak cerdik. Sekian. pic.twitter.com/rWWAJVDmby
— Ikhwan (@JatIkhwan) November 2, 2022
Menerusi klip itu, salah seorang daripada ‘TikToker’ tersebut telah didenda dan hukuman yang diberikan adalah dia perlu melakonkan babak dirogol.
Sementara itu, dua lagi ‘TikToker’ pula mentertawakan situasi tersebut membuatkan ramai netizen berang dengan sikap mereka kerana menganggap ia adalah satu perkara yang boleh dijadikan bahan lawak.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka mempunyai pengikut yang ramai iaitu seorang memiliki satu juta followers, seorang hampir satu juta manakala seorang lagi diikuti lebih 400,000 orang.
Video itu meraih perhatian ramai di Twitter dan rata-ratanya menghentam kelakuan tiga lelaki tersebut kerana menjadikan isu rogol sebagai ‘content’ dan bahan lawak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.