iPhone Bakal Keluarkan Rekaan Terbaru Dengan “Triple Kamera”

Teknologi

iPhone Bakal Keluarkan Rekaan Terbaru Dengan “Triple Kamera”

Apple bakal membawa sedikit kelainan menerusi perkongsian gambar dan rekaan rasmi kepada umum mengenai rekaan iPhone terbaru yang akan dihasilkan oleh mereka.

Rekaan terbaru yang dikongsikan itu telah menawarkan persediaan triple-kamera untuk kedua-dua model terbaru yang digelar sebagai iPhone XI dan iPhone XI Max.

Advertisement

Walau bagaimanapun, iPhone masih lagi mengekalkan imej mereka dengan kelebihan yang sama pada paparan tepi di bahagian atas model tersebut.

Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan gambar tertiris rekaan kerangka iPhone menampilkan tiga kamera pada bahagian belakang.

Menariknya, kedua-dua model ini turut menawarkan pengesanan Face ID yang menggunakan pencahayaan inframerah dan projektor dot untuk mengesan wajah pemilik dalam bentuk 3D.

Harga untuk seunit model ini masih belum diketahui namun ianya dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...