iPhone 6 Plus Meletup Dalam Poket Seluar Ketika Majlis Khatam Quran, Lelaki Cedera Di Peha

Trending

iPhone 6 Plus Meletup Dalam Poket Seluar Ketika Majlis Khatam Quran, Lelaki Cedera Di Peha

Seorang wanita memberitahu yang sebuah telefon iPhone 6 Plus milik suaminya telah meletup ketika dalam simpanan poket seluar semasa menghadiri majlis khatam Al-Quran.
iPhoneAN
Kejadian itu berlaku di Kampung Kenanga, Rawang, Selangor pada 8 Januari lepas.


Letupan itu menyebabkan suaminya cedera melecur di peha kiri.
16106091_10207826489089169_1055706911_o
16107649_10207826453928290_2142038701_o
1
2

Advertisement

Dia telah ke kedai telefon itu dibeli kerana masih ada jaminan pembelian selama setahun, namun kedai tersebut enggan menukar telefon dengan yang baru dan menyatakan perlu membuat siasatan terlebih dahulu.

Kedai itu terletak di Sungai Buloh, Selangor.

3

Sehubungan itu, lelaki itu telah membuat laporan kepada polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

4

5

Berikut ialah video yang dirakam sejurus selepas kejadian itu.

Secara global, ini bukan kes pertama iPhone 6 Plus meletup, kerana sebelum ini telefon jenis sama milik seorang pelajar di Amerika Syarikat juga meletup di poket belakang seluarnya. Namun pelajar itu tidak mengalami kecederaan.

Diharap pengguna telefon jenis ini lebih berhati-hati dan pastikan ia tidak berada dalam keadaan overheating untuk mengelakkan kejadian buruk.-amazingnara.com

Sumber: Bee Eza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...