Seperti yang kita semua ketahui, Apple dengan konsisten mengekalkan pengeluaran produk iPhone mereka tanpa pengecas untuk tahun ke-2. Selepas melakukan perkara itu bagi produk iPhone 12, Apple sekali lagi tidak menyediakan plug pengecas bagi model iPhone 13. Alasan yang diberikan adalah demi menjaga alam sekitar. Bagus sangat erk!
Baca: Samsung Sindir Inovasi iPhone 13 Pro
Tapi apa yang dilakukan Apple ini mengundang tindakan saman dari organisasi perlindungan pengguna Brazil. Mereka sebelum ini turut melakukan perkara sama dengan mengenakan saman sebanyak $1.9 juta (RM7.9 juta) ke atas Apple bagi model iPhone 12 kerana tidak memberikan pengecas.
Alasan yang diberikan organisasi ini adalah pengguna sememangnya sudah menjangkakan akan menerima pengecas dalam setiap pembelian telefon pintar. Pengarah Eksekutuif Procon-SP, Fernando Perez turut menegaskan yang sekiranya Apple tidak memberikan pengecas, iPhone sepatutnya dijual pada harga yang lebih murah.
Dalam pada itu, pihak autoriti Brazil turut dilaporkan tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberikan pihak Apple. Mereka mendakwa pengecualian pengecas pada iPhone 13 perlu dihebahkan dengan lebih meluas dan bukan hanya dinyatakan melalui laman web.
Apapun iPhone 13 masih mendapat sambutan hangat seperti biasa di seluruh dunia. Bagi pasaran Malaysia, korang boleh lakukan tempahan bermula tengah malam ini 1 Oktober 2021 dan akan mula dihantar bermula 8 Oktober 2021. Selamat membeli!
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara