Hangat betul isu produk ‘muslim friendly’ sekarang ni. Tapi sebenarnya banyak syarikat yang sudah mula menggunakan ciri-ciri islamik untuk menarik minat pembeli.
Terbaru, model iPhone 12 Pro Max pula telah dikeluarkan dengan tema Masjid Nabawi serta ukiran Allah dan Nabi Muhammad di model tersebut.
Penawaran ini dikeluarkan sebuah syarikat dari Rusia dan kerangkanya didakwa menggunakan material emas tulen membuatkan ia nampak lebih mewah.
Harga untuk model islamik ini juga dijual pada harga yang sangat premium iaitu $7,830 atau RM32,377 bagi storan 512GB.
Caviar memang terkenal dengan keluaran sarung telefon menggunakan emas. Kalau korang nak iPhone 12 Pro Solid Gold turut dijual pada harga paling mahal iaitu $147,090 atau RM595,935.