Berita baik buat peminat jenama Apple apabila mereka memperkenalkan cipset terbaru, Apple M4 yang mampu memproses sehingga 38 trillion operasi pada satu saat.
iPad Pro terbaru!
Device pertama yang menggunakan cipset M4 ini adalah iPad Pro terbaru dan ini juga adalah kali pertama Apple memperkenalkan cipset pada siri tablet dahulu berbanding komputer.
10-teras CPU serta 10-teras GPU
Cipset terbaru dari Apple ini dibina menggunakan arkitektur 10-teras CPU serta 10-teras GPU dan dikatakan 60 kali ganda lebih pantas dari enjin neural pertama pada cip A11 Bionic.
Apple M4 juga hadir dengan rekaan 3nm dan menyokong enjin paparan baru pada skrin OLED untuk penawaran grafik yang jauh lebih baik.