Intipati Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Yang Dibentangkan Hari Ini

Trending

Intipati Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Yang Dibentangkan Hari Ini

Pada petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjalankan satu sidang media khas. Beliau telah membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek bagi membantu rakyat yang kini menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelan ini diumumkan sehari selepas Malaysia dilapor mencatat defisit dagangan pada April, kali pertama selepas merekodkan lebihan dagangan untuk 269 bulan berturut-turut, akibat penularan COVID-19.

Advertisement

Untuk anda yang terlepas sidang media hari ini, berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri:

  • Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020.
  • Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
  • Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih.
  • Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.
  • Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk.
  • Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.

  • Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.
  • Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
  • Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak.
  • Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.
  • Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.
  • Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.
  • Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.
  • Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.
  • 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas.

rakyat malaysia

  • Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan.
  • Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara
  • Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan.
  • Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT.
  • Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan.
  • 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.
  • Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.
  • Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia.
  • MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020.
  • Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya.
  • Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini.
  • Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus.

Apa yang lebih penting lagi, Perdana Menteri turut memberitahu akan lebih banyak sektor dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...