Intipati Bajet 2016 , 13 Perkara Ini Yang Perlu Anda Tahu. Amacam?

Trending

Intipati Bajet 2016 , 13 Perkara Ini Yang Perlu Anda Tahu. Amacam?

FW449714_PTJ14_270116_BAJET_2016-lpr

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah membentangkan beberapa pengubahsuaian dalam Bajet 2016. Ada yang mengatakan biasa sahaja. Betul ke? Mari kita tengok antara intipati penting Bajet 2016 ini.

Advertisement

1 – Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.

2 – Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.

3 – Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.

4 – Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.

5 – Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

6 – Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

7 – Program BR1M akan terus dilaksanakan.

8 – Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.

9 – Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.

10 – Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

11 –  Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.

12 – Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

13 – Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.

Pandangan anda? Bertambah baik atau tidak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...