///Baca ini dulu dan komen sebelum membaca gosip terbaru di bawah//
Malam semalam, Saiful Apek telah pun menjejakkan kakinya ke rumah Abang Nara untuk satu temubual eksklusif bersama team BeautifulNara.com Hampir 3 jam lamanya kami berborak-borak, bercerita banyak perkara yang tak boleh dikongsikan di sini.
Yang pastinya apabila bersama Saiful Apek pasti akan penuh dengan gelak ketawa. Hampir senak perut kami dibuatnya dengan lawak-lawak first class dari Apek. Namun dalam gelak tawanya, kami dapat rasakan kesedihan dan keperitan pengalaman Apek ditahan baru-baru ini.
Saiful Apek mengganggap penahanannya baru-baru ini adalah satu khifarah buat dirinya. Penahanan Apek bukan sia-sia kerana telah membuka mata Apek untuk melihat betapa dirinya masih bernasib baik berbanding dengan mereka-mereka yang turut sama berada di dalam lokap ketika itu. Banyak pengajaran yang Apek telah kutip selama berada di dalam lokap.
Melihat nasib rakan-rakan di dalam lokap, satu azam baru telah wujud dalam diri Apek. Saiful Apek berjanji yang dia mahu membuat satu road tour seluruh Malaysia untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak-hak yang wajar kita semua ketahui terutama jika keadaan seperti ini menimpa kita. Hari ini hari Apek, mungkin esok lusa hari kita. Siapa yang tahu kan?
Antara ayat-ayat Apek yang cukup kami ingati sehingga saat artikel ini ditulis ialah:-
“16 tahun saya bagi contribution, buat orang gelak, buat kanak-kanak gembira. Tapi hanya ambil masa 16 minit untuk semua benda itu tak diingat orang”
“Harta yang paling berharga untuk kita tinggalkan ialah apabila orang masih bercerita tentang kebaikan kita walaupun kita sudah tiada. Seperti kita bercerita tentang arwah P. Ramlee.”
Tujuan Saiful Apek berjumpa dengan kami hanya satu sahaja. Apek perlukan sokongan anda semua, peminat-peminat beliau untuk memberikannya semangat dan kata-kata perangsang agar dia terus mampu menghiburkan kita semua. Tanpa anda, tiadalah Apek.
Kata Apek, peminatlah yang mampu menaikkan dan menjatuhkan seseorang. Hanya peminat sahaja mampu. Dan dia sangat berharap agar peminat-peminatnya di luar sana, sudi memberikannya semangat untuk berjuang kembali di arena seni.
Kami di BeautifulNara.com mahu mengajak anda memberikan Apek semangat untuk terus berjuang. Apa kata kita tinggalkan sedikit komen berunsur semangat kepada beliau di ruangan komen ini. Atau anda boleh like Facebook Kami Masih Support Saiful Apek untuk menunjukkan sokongan anda.
Pagi ini, Saiful Apek bakal berada di mahkamah untuk mengetahui sama ada perbicaraan kesnya akan dimulakan atau ditangguhkan buat sementara waktu. Kita doakan yang terbaik buat Apek. Semoga perjalanan hidupnya dipermudahkan.
Buat peminat Apek, jangan risau sebab Saiful Apek takkan berhenti atau bersara daripada menghiburkan anda semua. Cuma buat masa ini dia ingin berehat seketika untuk meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini kurang diberi tumpuan. Sama-samalah kita doakan Apek supaya cepat kembali bertenaga dan bersemangat.
P.S: Apek juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM yang menjalankan tugas tanpa kompromi walaupun dia seorang selebriti. Nantikan Part II esklusif interview BeautifulNara bersama Saiful Apek minggu hadapan.