Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Speed Cap, 50 Peratus Lebih Murah? Biar Betul Digi?!

Branded

Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Speed Cap, 50 Peratus Lebih Murah? Biar Betul Digi?!

Internet berkelajuan tinggi sentiasa menjadi pilihan pengguna masa kini. Dengan internet yang pantas semua perkara menjadi lebih mudah. Nak tonton drama, main online games malah nak settlekan kerja pun takde hal.

Namun begitu, banyak penyedia perkhidmatan internet mengenakan speed cap yang menyekat kelajuan internet hingga kepuasan melayari internet menjadi terbatas.

Bayangkan tengah tonton drama Korea tiba-tiba buffer atau baru nak chicken dinner korang dah kena tembak. Mesti sakit hati kan?

Memahami keperluan rakyat Malaysia yang inginkan perkhidmatan internet terbaik, Digi Telecommunications Sdn Bhd melancarkan pelan pascabayar yang ditambah baik bagi menghubungkan lebih ramai pengguna.

Ini juga merupakan salah satu usaha untuk membantu rakyat Malaysia kembali bangkit daripada impak pandemik Covid-19.

Internet berkelajuan tinggi sepanjang hari tanpa speed cap

Melalui pelan terbaru ini, Digi mempermudah ciri-ciri yang ditawarkan dengan nilai yang lebih hebat serta dilengkapi dengan internet yang dipermudah tanpa pembahagian kuota yang rumit.

Di samping, mengekalkan internet berkelajuan tinggi tanpa speed cap untuk membolehkan pelanggan menggunakan internet pada bila-bila masa di mana sahaja.

Kalau korang tak percaya, tengoklah sumber daripada Ookla, penganalisis prestasi internet yang telah menganugerahkan Digi sebagai rangkaian internet terpantas di Malaysia bagi suku ketiga dan keempat tahun 2020. Power kan?

Digi mencatat Skor Kelajuan 29.36, dengan purata kelajuan muat turun 29.59 Mbps dan muat naik 11.75 Mbps. Sesuai sangat dengan taglinenya “Rangkaian Mudah Alih Terpantas, Nombor 1 di Malaysia”.

Lebih banyak penjimatan dengan add-ons

Pelan pascabayar ni, Digi merupakan antara pelan yang terbaik di pasaran dari segi penawaran harga dan perkhidmatannya dengan langganan serendah RM40 je sebulan.

Paling berbaloi kalau korang melanggan pelan bermula RM60, korang boleh menikmati lebih banyak penjimatan seperti add-ons percuma untuk internet dan lebih rebat untuk berhibur.

Antara add-ons yang korang boleh nikmati ialah More Internet (lebih internet). Bagi gamers atau yang suka menonton penstriman online ini pastinya pelan terbaik yang semestinya menjadi pilihan.

Bagi yang suka layan K-drama atau C-drama latest di VIU, korang pun boleh menikmati rebat bulanan untuk aplikasi yang di langgan setiap bulan tau, hanya perlu sign up di Play Store Rebate Add On je.

Tak ketinggalan juga untuk yang menggunakan internet bagi bekerja daripada rumah, pelan pascabayar Digi bermula RM90 keatas turut menawarkan 50GB Mobile Broadband secara percuma setiap bulan. Lepas ni tak perlu risau nak buat kerja dari mana sahaja, Digi kan ada.

Diskaun sehingga 50 peratus untuk line keluarga. Wow!

Bukan itu saja, melalui pelan yang ditambah baik ni, korang boleh mendaftar sehingga 6 talian keluarga bagi setiap talian principal. Lagi best, korang boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk setiap line tu tau. Confirm berbaloi!

Jangan jadikan masalah internet sebagai halangan untuk berhubung dengan keluarga tersayang, daftar saja talian keluarga serendah RM20 sebulan!

Terdapat 3 pakej talian keluarga yang ditawarkan iaitu Famlily 40, Famliy 60 dan Family 90, korang boleh pilih pakej yang diingini mengikut kesesuaian bajet dan keperluan internet.

Dengan pakej ini juga, ahli keluarga boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian, berkongsi kuota internet dari talian pricinple yang sama dan kalau nak lebih lagi Add-on Deals je, ada banyak tawaran menarik menanti!

Dapatkan smartphone yang diinginkan tanpa bayaran pendahuluan. Seriuslah?!

Bagi yang nak dapatkan smartphone terbaru inilah masanya,  pelan pascabayar Digi telah mengurangkan komitmen pelan bulanan pembiayaan telefon daripada RM90 kepada RM60 sebulan untuk pakej PhoneFredom 365.

Paling wow, tiada bayaran pendahuluan dikenakan dan ansuran tanpa faedah. Telefon pintar yang ditawarkan pula bermula serendah RM8 je sebulan. Memang rugi kalau korang tak grab deals ni!

Bagi korang yang memiliki lebih dari satu device pula, korang boleh menggunakan kuota Digi Postpaid ke device kedua dengan Gadget SIM pada harga RM10 sebulan, tak perlu akaun yang berasingan.

Bukan itu saja, rebat turut ditawarkan kepada produk Digi yang lain seperti Digi Fibre dan Mobile Broadband. Tapi hanya untuk pelanggan Digi Postpaid 60 ke atas sahaja je ya.

Bertukar ke Digi untuk internet lebih menguntungkan

Jadi tunggu apa lagi? Beralihlah ke pelan pascabayar Digi hari ini, untuk menikmati lebih banyak penjimatan, internet lebih pantas dan pastinya lebih berbaloi.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai pelan pascabayar Digi ini, terus ke laman web Digi sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...