Interaksi Simulasi Serangan, Kapal Pemusnah AS “Diacah” Jet Sukhoi Rusia

Trending

Interaksi Simulasi Serangan, Kapal Pemusnah AS “Diacah” Jet Sukhoi Rusia

Cf8jRqCUIAAN35P

Dua jet pejuang Rusia melakukan ‘penerbangan simulasi serangan’ ketika mendekati sebuah kapal pemusnah milik Amerika Syarikat di Laut Baltik kelmarin.

Advertisement

Tindakan itu turut disifatkan oleh tentera AS sebagai interaksi yang paling agresif setakat ini.

Menurut pegawai tentera AS, jet jenis Sukhoi SU-24 itu turut membuat 11 penerbangan sama sehari sebelumnya dan dilihat sangat hampir dengan kapal pemusnah itu.

Bagaimanapun, katanya, jet tersebut dilihat tidak membawa sebarang senjata.

Selain itu, turut dilaporkan sebuah helikopter Rusia jenis KA-27 Helix turut terbang sebanyak tujuh kali mengelilingi kapal yang dikenali sebagai USS Donald Cook sambil merakam imej kapal terbabit.

Tentera AS cuba untuk menghubungi pesawat Rusia terbabit menerusi siaran radio namun, tiada jawapan diterima,” kata satu sumber sebagaimana lapor Utusan Online.

Pegawai memerintah USS Donald Cook telah menyifatkan tindakan oleh tentera Rusia itu tidak selamat dan tidak professional.

Pusat Kawalan Eropah Tentera AS dalam satu kenyataannya pula memaklumkan, pihak berkuasa AS menggunakan saluran diplomatik untuk menangani interaksi terbabit manakala insiden yang berlaku juga sedang dinilai oleh Tentera Laut AS.

Menerusi gambar dan video yang dikeluarkan oleh pihak tentera, dapat dilihat jet itu terbang pada altitud rendah dan hampir dengan kapal terbabit.

4cb3dc8083aac550e8f7bc00c172c3cc

Cf8jRVFUsAApKTR

d4f185f80f6c3cbeed833aa3fb1b6b47

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...