Intan Saleh Sebak Anak-Anak Terlalu Rindukan Bapa, Sudah Lama Tidak Berjumpa

Hiburan

Intan Saleh Sebak Anak-Anak Terlalu Rindukan Bapa, Sudah Lama Tidak Berjumpa

Meskipun bukan bergelar selebriti, kontroversi rumah tangga Intan Saleh dan pemuzik Ude Wahid yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Kini kedua-duanya sudah meneruskan kehidupan masing-masing, tetapi sesungguhnya, banyak orang di luar sana yang mahu melihat hubungan Intan dan Ude kekal positif demi dua orang anak mereka, Arish Muqri dan Ariq Muqri yang masih kecil. Mengharapkan lelaki itu tetap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

Bagaimanapun, muat naik terbaru Intan mengundang spekulasi. Intan seakan memberikan bayangan anak-anaknya itu sudah lama tidak bertemu dengan bapa mereka.

Anak-anak menjadi mangsa

intan saleh ude wahid

Menerusi kapsyen yang ditulis, Intan akui tidak dapat tahan rasa sebak apabila anak sulungnya sering bertanyakan soal Ude, terlalu rindukan kasih sayang seorang bapa.

Mesti anak-anak terlalu rindukan bapa

mereka. Faham sangat perasaan Intan

izreen azmindaude wahid tidak jumpa anakintan saleh anak-anakTidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi walaupun sudah bercerai, anak-anak tetap amanah Allah SWT yang harus dijaga dengan sebaiknya. Berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka agar tidak rasa trauma serta kehilangan disebabkan perpisahan yang berlaku. Paling penting jangan abaikan tanggungjawab meskipun sudah mempunyai kehidupan baharu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...