Pelakon Datin Intan Najuwa berkata kandungan dimuat naik oleh golongan ibu berkaitan penyusuan dan susu ibu di media sosial sangat membantu.
Pelakon berusia 28 tahun itu turut meminta golongan ibu tidak berhenti berbuat sedemikian kerana sangat membantu golongan wanita yang baru bergelar ibu sepertinya.
Ibu-ibu! Kongsi sahaja perjalanan dan cerita anda, sebarkan kesedaran. Tidak salah pun memuatnaik tentang penyusuan atau susu ibu.
Sebagai yang baru bergelar ibu, saya belajar banyak perkara dengan melihat pelbagai perkongsian dalam media sosial, sangat mudah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut juga turut kecewa dengan segelintir individu yang mudah melemparkan kritikan dan kecaman terhadap wanita lain yang berkongsi tentang penyusuan di media sosial.
Ujarnya, kaum ibu seharusnya dibiarkan sahaja berkongsi apa sahaja yang mereka inginkan tanpa dihakimi oleh mana-mana pihak.
Kalau sesiapa tidak suka, mudah, berhenti mengikuti dan teruskan cari topik lain.
Secara jujur, sangat sedih melihat kaum wanita sendiri yang melemparkan kecaman dan menghukum.