Intan Najuwa & Suami Buat Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Doa Keselamatan Konvoi GSF

Trending

Intan Najuwa & Suami Buat Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Doa Keselamatan Konvoi GSF

Pelakon Intan Najuwa tampil membuat hantaran di media sosial dan memaklumkan dia dan suami akan mengadakan solat hajat bersama anak-anak sekolah tahfiz pada malam ini.

Inisiatif itu dilakukan pasangan tersebut untuk mendoakan keselamatan aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Advertisement

Menerusi Threads, Intan turut meminta netizen untuk tidak berhenti mendoakan keselamatan semua aktivis yang menyertai misi GSF tersebut.

Malam ini, saya dan suami bersama anak-anak tahfiz kesayang kami akan melakukan solat hajat khusus untuk mereka (aktivis Malaysia). InsyaAllah kami akan teruskan (solat hajat setiap malam) sebanyak yang kami mampu.

 

View on Threads

 

Ibu kepada seorang cahaya mata tersebut turut berkongsi wajah-wajah 12 aktivis dari Malaysia yang dikhabarkan telah ditahan tentera Israel.

Aktres berusia 28 tahun itu sebelum ini ada meninggalkan komen di siaran langsung selebriti, Heliza Helmi sebelum kapalnya ditahan oleh tentera Israel.

komen Intan Najuwa

Dalam pada itu, Intan akui tidak pedulikan persepsi dan pandangan negatif sesetengah pihak yang mungkin mempersoal tindakannya.

Saya ingin jelaskan, saya lakukan ini (post tentang GSF) bukan kerana FOMO (fear of missing out) atau mahu validation daripada sesiapa. Saya buat kerana saya memang mahu lakukan ini.

solat hajat qunut nazilah untuk aktivis GSF
2025-10-02 13:47:04

Aktivis GSF Ditahan Isre*l: Semua Masjid & Surau Diarahkan Buat Solat Hajat & Qunut Nazilah - Menteri Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...