Intan Najuwa Hargai Kasih Sayang Suami – “Tak Perlu Buat Kerja Rumah”

Hiburan

Intan Najuwa Hargai Kasih Sayang Suami – “Tak Perlu Buat Kerja Rumah”

Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Menurut Intan, sepanjang tempoh perkahwinan itu, dia tidak pernah dibiarkan memikul kerja rumah seorang diri, sebaliknya dilayan penuh kasih sayang seperti seorang puteri.

Advertisement

Selamat ulang tahun kedua buat cinta dalam hidup saya. Dari awal hingga kini, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah atau risau perkara kecil. Awak manjakan, lindungi dan sayangi saya seperti seorang puteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Lebih membahagiakan, pasangan ini kini dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara, yang lahir pada Disember lalu. Bagi Intan, kehadiran Lunara melengkapkan dan menambah makna cinta mereka.

Ujarnya,

Kini dengan hadirnya anak perempuan kita, cinta ini terasa lebih sempurna.

Untuk rekod, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan kini menjalani kehidupan berkeluarga yang penuh bahagia.

intan najuwa jaga anak
2025-08-13 14:05:05

Individu Persoal Intan Najuwa Tak Jaga Anak, Tapi Terima Balasan Padu Netizen - "Hati Busuk"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...