Pelakon Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan, Razrul Anwar Rusli, 38, yang 16 tahun lebih tua daripadanya pada Ahad lalu.
Berkongsi foto sekitar majlis pertunangannya di akaun Instagram, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Intan dan semoga kekal sehingga ke jenjang pelamin dengan jejaka pilihan hatinya itu.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen memberikan komen sinis mempertikaikan niat sebenar pelakon berusia 22 tahun itu bertunang dengan seorang yang lebih tua.
Netizen tanpa usul periksa menuduh Intan mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.
Bercinta dengan orang lain,
bertunang dengan orang lain. Mesin
ATM
Ikhlas terima lamaran. Sikapnya yang
matang dan memahami buat hati saya
terpikat
Intan dalam satu kenyataan memberitahu, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati dengan ikhlas menerima lamaran jejaka tersebut. Mereka juga cukup serasi bersama.
Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.
Kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.
AdvertisementSaya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya.
Mereka sudah pun bertunang, jadi tidak perlu lagi pertikaikan apa-apa. Doakan yang baik-baik sahaja buat Intan dan tunangnya. Semoga hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jenjang pelamin.

ikan
August 20, 2019 at 9:34 pm
halah2 yang dok kata bertunang sebab harta tu, korang ni sejenis memang tak suka duit ke macam mana? elokla cari orang kaya. senang sikit hidup. tau lah dugaan lepas berkahwin ni macam2, nak bagi serasi pun jenuh. at least kawin ngan orang kaya dah tolak satu masalah – masalah duit.
Anonymous
August 20, 2019 at 7:20 pm
Lantak la dia nak kawin ngan sape pon…dpat laki berduit sekurangnyer dah setel separuh masalah rumah tangga..skang laki bini byk gaduh sebab duit tak cukup padahal waktu kawen dulu cinta mati katenye…dia ade hak untuk cari laki berduit..pedulikan kate org…bukan netizen yg nak menolong kalau dia tak cukup makan…lagipon kenape tak tuduh je lelaki tu yg pilih dia sebab dia cantik? Kalau nak laki berduit jugak jaga la badan muka bia ade seri .bawakkan pegi gym…ini asik duk makan tido gosip jer memang tak dapat la.
matbawang
August 20, 2019 at 5:14 pm
mcm mana dia lipat gulung sampin tu dua kali. musykil aku
Anonymous
August 20, 2019 at 4:00 pm
duit bukan segalanya tapi segalanya perlu duit.
aih
August 20, 2019 at 3:06 pm
perempuan rupa lawa..kangkang ada vagina cukup dah tuk jamin masa depan dengan kaut lelaki kaya… money money money..