Sejak melangsungkan pertunangan pada Ogos lalu, pelakon Intan Najuwa sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuklah dakwaan mengatakan hubungannya dengan tunang, Razrul Anwar Rulis berantakan apabila aktres itu memadam foto dan ‘unfollow’ tunangnya, di Instagram.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu tunangnya menjelaskan hubungan mereka baik-baik sahaja, masih saling sayang menyayangi. Namun, nampaknya masih ada segelintir pihak cuba untuk memporak-perandakan hubungan Intan dan tunangnya.
“Berhenti ganggu tunang saya”
Menerusi Insta Story, Intan meluahkan rasa bengang dengan tindakan melampau netizen yang terus melaga-lagakan hubungannya dengan tunang. Tindakan itu telah mencabar kesabarannya. Tidak bermaksud dia mendiamkan diri pihak luar boleh berkata sesuka hati.
“Dah upload gambar pun kena kecam”
Intan merasakan sikap netizen sudah melampaui batas, tetap ingin mencetuskan provokasi meskipun dia sudah memuat naik foto bersama tunangnya.
Sebagai manusia biasa, Intan berkata setiap kecaman dan tindakan netizen mengguris hatinya.
Bersabarlah Intan, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Biarlah rasa bahagia dan cinta itu menjadi rahsia antara diri anda dan tunang. Jangan terlalu melayan komen negatif netizen.