Bukan semua tumpang gembira dengan berita pertunangan pelakon Intan Najuwa bersama seorang usahawan yang 16 tahun lebih tua daripadanya. Pertunangan mereka menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Timbul juga spekulasi liar menuduh Intan memilih tunangnya hanya disebabkan harta dan melabelkan pelakon itu mata duitan.
Menurut netizen, jika bukan kerana duit, mengapa Intan tidak memilih jejaka yang sederhana sahaja serta mempunyai pekerjaan biasa-biasa.
Bengang dituduh dan difitnah, Intan tidak berdiam diri dan tampil membidas segala dakwaan netizen. Kata Intan, adakah netizen itu Tuhan? Senang sahaja mempertikaikan jodoh seseorang.
Terdahulu, Intan dalam satu kenyataan memberitahu, dia menerima lamaran kekasihnya disebabkan sikap matang dan memahami jejaka itu. Mereka juga cukup serasi bersama.