June 26th, 2018

Intan Liana bukanlah seorang selebriti popular, tetapi kisah perkahwinannya bersama pemuzik Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suaminya menjadi perhatian apabila Ude berkahwin secara rahsia dengan Izreen Azminda sekitar bulan Ogos 2017.

Sejak daripada itu, ramai yang bersimpati dengan nasib Intan apatah lagi saat beliau diceraikan dan kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil. Namun, rezekinya melimpah ruah dan menerima pelbagai tawaran peragaan dan ulasan produk serta sudah mula aktif dalam bidang perniagaan juga.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Intan. Mereka mendakwa Intan sengaja menjaja kisah perkahwinannya itu untuk meraih publisiti murahan dan gila glamor.

Saya bukanlah seorang artis, sebaliknya masih Intan yang lama. Saya sekadar mencari rezeki dengan berniaga. Jika diikutkan, saya sudah lama berniaga. Dulu, saya dan kakak menjual pakaian. Sekarang, saya menjual jamu dan minyak wangi kanak-kanak.

Sekarang, ada pihak bermurah hati berkongsi rezeki dengan melantik saya menjadi duta produk mereka pula. Saya memang tidak menyangka ada pihak menganggap saya seperti menagih publisiti murahan dan gila glamor. Hakikatnya, saya tidak menagih semua itu, termasuk perpisahan yang berlaku.

Bersabarlah Intan, biasalah bila kita sudah mula nampak bahagia dan berjaya sedikit pasti akan ada pihak yang cemburu dan sakit hati. Apa-apa pun, jangan mudah mengalah dan teruskan bersemangat mencari rezeki demi masa depan anda dan anak-anak.

Sumber Berita : BH ONLINE


46 responses to “Intan Liana Terkilan Didakwa Gila Glamor Dan Cari Publisiti Murahan”

  1. pekerja swasta says:

    boring dgn netizen yg acah bagus bajet tabah ni. Ingat senang ke nk move on dlm masa singkat sdgkan 5 tahun kawen ada byk kenangan yg surely dia terkenang. Well ni 1st year dia sbg ibu tunggal kott..bg arr dia masa.

    yg asyik suruh move on ni, tah2 baru putus cinta pon dah meroyan. blerghhh~

  2. Maya says:

    Awak rasa kalau awak diceraikan kerana suami kawen lain, awak blh move on begitu mudah ye ?

  3. justletitbe says:

    dah orang taknak…buat apa nak ditangisi…kita wanita ..mesti kuat..jgn cepat melatah..kita kena kuat semangat..buktikan kita boleh hidup..ex kita nak show off kebahagiaan dia biaq pi…dah takde jodoh kita dgn dia..Allah ada

Loading...