Intan Liana Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Penuh Keperitan Bakal Diceraikan

Hiburan

Intan Liana Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Penuh Keperitan Bakal Diceraikan

Tanggal 1 Mac 2018 semalam sepatutnya menjadi hari yang paling bermakna buat Intan Liana Saleh kerana ia merupakan ulang tahun kelima perkahwinannya bersama Ude Wahid. Namun, hanya keperitan yang dirasai oleh Intan yang menanti detik untuk diceraikan.

Advertisement

Tidak mengetahui apakah sebab beliau ingin diceraikan sedangkan masih menyayangi suaminya dan redha untuk hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda, Intan menerusi Insta Stories beliau membuat luahan yang sangat memilukan hati.

Luahan penuh dengan kata-kata sedih itu turut dimuat naik berserta dengan foto ketika persandingannya bersama Ude.

Tidak mengapalah Intan, mungkin selepas ini Allah SWT akan menemukan beliau dengan seorang lelaki yang benar-benar mencintainya dan anak-anak seikhlas hati. Mungkin hari ini beliau derita, siapa tahu nanti kebahagiaan akan menjadi miliknya. Tabahkan hati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.