Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Intan Liana Bengang Masih Dikaitkan Dengan Bekas Suami

Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, masih ada segelintir netizen yang belum melupakannya.

Advertisement

Mempunyai kehidupan masing-masing selepas lebih setahun berpisah, Intan akui merasa kesal dan bengang dengan individu yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas suami.

Malah, ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati. Jelas Intan, dia sekali pun tidak pernah terkenangkan lagi memori lama bersama bekas suaminya itu dan setiap muat naik di akaun Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu  menerusi satu muat naik di Instagram, Intan berjanji akan melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil. Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.

Walaubagaimanapun, ada pula yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Intan dan mula mengaitkan nama bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen Azminda yang umum mengetahui baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2017. Intan dan Ude akhirnya bercerai pada 22 Mac 2018.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Nana

    July 4, 2019 at 9:44 am

    Izreen tu sebenarnya hidup tak tenang. Dia takut dgn bayang bayang sendiri. Atau mungkin dia dah takut perempuan lain rampas Ude pulak. Maklum la Izreen tu dlm proses berpantang. Laki kalau time mcm ni la mula nak buat perangai pun. Lagi pun Ude tu mmg penah ada bad record pun

  2. Aida

    July 3, 2019 at 5:12 pm

    Ignore sajalah intan. Benda ni sampai bila pun orang akan sebut, it’s you who need to put stop to it. Memang sakit tapi jangan layan. Orang nak tengok kau sedih, gagal. So kau jangan biarkan diaorang berjaya. Fight. Fight dengan cara buat tak tahu .. lagi sakit hati diaorang bila kau tak layan

  3. Ally Cat

    July 3, 2019 at 2:42 pm

    Ala bengang dikaitkan pulak..tapi kekadang aku tengok, dia sendiri yg komen2 or throwback pasal perceraian dia.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top