March 7th, 2018

Walaupun dirinya terluka dengan apa yang berlaku dan bakal diceraikan tanpa sebarang sebab kukuh, Intan Liana mengakui beliau tetap bersimpati dengan Ude Wahid yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan kontroversi rumah tangga mereka.

Intan berkata sedemikian selepas mengetahui ada pihak yang mewujudkan “fanpage” Facebook khas untuk memberikan sokongan kepada dirinya. Bagaimanapun, laman tersebut menjadi tempat untuk netizen mengecam Ude dan pelakon Izreen Azminda.

Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri.

Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media.

Begitu tabah dan ikhlasnya hati seorang isteri yang masih menyayangi suaminya meskipun di uji dengan dugaan yang berat sehingga rumah tangganya bakal musnah. Semoga Intan dan anak-anak bertemu bahagia mereka sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro


60 responses to “Intan Liana Akui Simpati Ude Dikecam Netizen”

  1. ikan says:

    aku nyampah betul tgk org pakai spek takde cermin ni. mcm budak bodoh. eh tapi aku tak kata intan. intan pakai spek ada cermin kan.

  2. Anonymous says:

    Terima kasih James Bond….saya rasa awak saja yang memberikan komen yang positif kat sini, moga hidup awak dilimpahi rahmat dari Allah SWT, aamiin3….

    • James Bond says:

      Terima kasih ye anon. Tak sangka doakan utk saya sbb selama saya hidup orang tak peduli hidup mati saya. Terharunya saya Allah saja yg tahu. Moga Allah juga merahmati hidup awak juga. Aminn..

  3. Anonymous says:

    AIyyoooo kalau pompuan ni lembik sgt pun aku menyampah jugak. Dah laki buat perangai cam tu sebok jugak nak berkesian bagai. This is the part that i just don agree.

  4. MISIKU says:

    depa ni masih suami isteri yg sah lg,mana tau kot ada miracle utk ude tak jd bercerai kn..tp bila dh tgk asyik duk bg kenyataan pastu kenyataan pulak mcm diri tu terlalu sempurna rasa mcm meluat pn ada..konon baik sgt..tp tu lah mana2 situasi mcmni org perempuan akn jd mangsa.yANG SEBETUL2 NYA HANYA MEREKA BERTIGA SAJA YG TAHU APA YG JADI DLM RUMAHTANGGA DEPA TU.ORG LUAR HANYA BUAT ANDAIAN BERDASARKN APA YG KELUAR DR MULUT DEPA.KDG ORG NK COVER LINE XMAU CERITA HAL SEBENAR..DAH PLAN APA YG AKAN KELUAR BILA ORG TANYA.KEPADA INTAN,PERCAYA PD REZEKI ANAK.ALLAH XKAN KEJAM PADA SETIAP HAMBANYA.ANGGAP INI SEBAGAI KETENTUAN ALLAH.ALLAH NAK UJI DIA AKN TURUNKAN MACAM-MACAM BENTUK.UNTUK IZREEN BERTABAH LA DAN HADAM LA KATA2 ORG TU UNTUK KO..ANDAI KO BETUL,INSYALLAH ALLAH AKN BANTU.KEPADA UDE,SEMOGA APA SAJA KO BUAT DAN RASA BTL SGT2 TERPULANG LAH TAPI INGAT HUKUM KIFARAH DR ALLAH.

Loading...