Walaupun dirinya terluka dengan apa yang berlaku dan bakal diceraikan tanpa sebarang sebab kukuh, Intan Liana mengakui beliau tetap bersimpati dengan Ude Wahid yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan kontroversi rumah tangga mereka.
Intan berkata sedemikian selepas mengetahui ada pihak yang mewujudkan “fanpage” Facebook khas untuk memberikan sokongan kepada dirinya. Bagaimanapun, laman tersebut menjadi tempat untuk netizen mengecam Ude dan pelakon Izreen Azminda.
Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri.
Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media.
Begitu tabah dan ikhlasnya hati seorang isteri yang masih menyayangi suaminya meskipun di uji dengan dugaan yang berat sehingga rumah tangganya bakal musnah. Semoga Intan dan anak-anak bertemu bahagia mereka sendiri.