Intan Ladyana Tidak Mahu Lagi Kongsi Kisah Cinta Kepada Umum

Hiburan

Intan Ladyana Tidak Mahu Lagi Kongsi Kisah Cinta Kepada Umum

Kisah percintaan Intan Ladyana dan Kamal Adli masih lagi terkesan di hati peminat industri hiburan tanah air. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, nama mereka masih lagi dikaitkan dengan pelbagai macam cerita.

Advertisement

Tidak mahu lagi terus dibayangi ataupun dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, Intan Ladyana telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi kisah cinta beliau kepada umum.

Jelas Intan, sejak mereka berpisah beliau tidak pernah menghubungi Kamal dan kini tidak mahu lagi ambil tahu jika aktor tersebut sudah bertemu pengganti. Pada masa yang sama, beliau berharap orang ramai tidak lagi bertanya dengan beliau tentang sebarang perkembangan terkini Kamal .

Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi.

Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

Untuk apa nak kaitkan mereka lagi, sekarang Kamal Adli pun sudah menemui kebahagiaan beliau sendiri bersama orang lain, jadi berilah ruang untuk Intan Ladyana mencari ketenangan dan doakan beliau bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai buat dirinya. Memang susah nak hakis perasaan sayang buat seseorang yang kita cintai bertahun lamanya, tetapi kita harus move on .

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...