Intan Ladyana Sudah Ada Kekasih Baharu?

Hiburan

Intan Ladyana Sudah Ada Kekasih Baharu?

Sejak percintaan beliau dan Kamal Adli putus di tengah jalan, Intan Ladyana agak kurang membicarakan kisah peribadinya kepada umum. Meskipun pernah dikaitkan dengan seorang lelaki sebelum ini, hubungan itu nampaknya tidak pergi jauh dan beliau kembali solo.

Advertisement

Namun, menerusi satu laporan di sisipan Hits oleh Utusan Malaysia, ada sumber yang mengatakan Intan Ladyana kini sedang rapat dengan seorang lelaki kacak berkulit hitam manis.

Menurut sumber itu lagi, beliau terserempak  dengan Intan dan jejaka itu yang sedang meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli-belah pada hujung minggu lalu. Malah, pasangan ini nampak sangat sepadan.

Erm, mungkinkah Intan Ladyana sudah mempunyai kekasih baharu? Kalau betul apa salahnya, kami pasti ramai peminat yang hendak melihat anda bahagia. Jika anda sudah bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai, tidak perlu bercinta lama-lama. Apa-apa pun, kami doakan agar Intan dan jejaka tersebut ada jodoh bersama.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...