Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Intan Ladyana – Kamal Adli Hanya Tunggu Di Bawah Rumah

intan ladyana kamal adli
Habis kecoh satu Malaysia apabila cerita artis yang belum berkahwin buat port rumah sendiri untuk hidup macam pasangan suami isteri. Terus keluar nama Intan Ladyana dan Kamal Adli sebagai suspek utama. Tetapi Intan Ladyana dengan pantas menafikan cerita tak bermoral ini. Mungkin dalam hati Intan Ladyana dia berkata “Apa kejadahnya aku nak buat benda bodoh macam ini”. Tapi ini kata-kata Intan Ladyana yang sebenarnya:-

Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya. Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri, Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula. Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga.

Advertisement

Sebab itulah orang tua-tua kata tak baik bercinta lama-lama. Kalau dah rasa berkemampuan kahwin ajerlah. Bukannya apa, semua itu sebab nak mengelakkan fitnah sebeginilah. Kita memang tahu kita tak buat benda jahat. Tapi mulut orang siapa boleh jaga. Bila dah keluar gosip begini kita jugak yang dapat malu walaupun kita memang tak buat.

Kalau tak silap Abang Nara, Intan Ladyana dan Kamal Adli ini dah bercinta bertahun-tahun dah. Kalau nak tunggu duit sampai tinggi bukit baru nak kahwin, memang rasanya takkan kahwin sampai bila-bila la kot. Bukan apa, orang tua-tua kata tak manis kalau bercinta lama-lama nie. Banyak dugaannya. Tak gitu?

Apa pun buat Intan Ladyana dan Kamal Adli, Abang Nara doakan anda cepat-cepat ke jinjang pelamin. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang. Tak gitu? Sumber berita Mstar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama