September 30th, 2014

Inilah yang diumpamakan seperti berkerat rotan, berpatah arang. Baru-baru ini Kamal Adli telah melahirkan rasa kesalnya kerana hubungannya dengan Intan Ladyana putus begitu sahaja menerusi rancangan Melodi dengan harapan mereka dapat bertemu dan berbincang apa yang patut. Namun sayangnya Intan Ladyana nampaknya tidak mahu lagi memberi harapan kepada Kamal Adli. Intan enggan berjumpa bekas kekasihnya itu.

intan dan kamal

Sebenarnya bagi Abang Nara ia satu langkah yang bijak. Memang kalau dah putus, buat apa nak jumpa-jumpa lagi. Kalau jumpa nanti takut gaduh lagi teruk. Kata Intan Ladyana:-

Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus. Nak ikutkan, saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai.

Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun. Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus.

intan kamal

Abang Nara faham kenapa Kamal Adli kesal dan mahu berjumpa. Awek cun kot Intan Ladyana. Rugi kalau dilepaskan begitu sahaja. Namun nak buat macam mana, orang dah tak sudi. Tak perlu lah kita terhegeh-hegeh lagi. Teruskan kehidupan. Cari awek baru. Kali ini jangan bercinta lama sangat. Terus kahwin je. Senang cerita. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Peraturan baru cermin gelap


Comments are closed.

Loading...