Intan Ladyana Doakan Kamal Adli Dan Emma Maembong Bahagia

Hiburan

Intan Ladyana Doakan Kamal Adli Dan Emma Maembong Bahagia

Meskipun mengakui selesa bersama dan sekadar teman rapat, hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah cukup hangat diperkatakan. Ada yang beranggapan mereka tampak secocok bersama dan mungkin ada jodoh diantara mereka selepas masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan.

Advertisement

Bekas kekasih kepada Kamal iaitu Intan Ladyana juga turut merasa gembira dengan berita mengenai hubungan intim Kamal bersama Emma kini. Intan mendoakan agar pasangan tersebut bahagia dan akan menyokong segala rancangan mereka pada masa hadapan.

Bagus untuk dia (Kamal Adli) dan Emma, saya tumpang gembira akan hal ini. Kalau mereka bahagia saya pun bahagia jugalah. Saya akan sokong apa sahaja yang mereka rancang.

Berbicara tentang status Intan sekarang, beliau tidak menafikan sedang mengenali hati bud seseorang yang bukan bergelar artis. Walaubagaimanapun buat masa ini, Intan masih belum bersedia untuk memperkenalkan jejaka tersebut kepada umum.

Baguslah jika Intan Ladyana sudah boleh move on daripada hubungan lepas dan paling penting tidak cemburu dengan kebahagiaan bekas kekasih beliau sekarang. Semoga Intan dilimpahi dengan kasih sayang. Buat Kamal Adli dan Emma Maembong harapnya anda berdua juga bertemu jodoh. Hehe

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...