Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Intan Ladyana Dan Harris Alif Dikhabarkan Bakal Berkahwin Mac Nanti?

intan ladyana dan harris alif

Tiba-tiba bertiup khabar angin mengatakan bahawa pasangan Intan Ladyana Harris Alif kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan mereka.

Menurut khabar angin itu, pasangan yang mempunyai jarak usia 17 tahun ini bakal berkahwin pada Mac depan dan sedang dalam proses mencari lokasi yang seuai untuk menyambut hari bermakna itu.

Tidak menafikan atau pun mengiyakan berita tersebut, Intan menjelaskan bahawa dia akan berkongsi mengenai hal perkahwinan apabila sampai masanya malah menegaskan yang dia tidak akan merahsiakannya.

Advertisement
“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu. Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti.”
intan ladyana dan harris alif
Apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk melalui fasa berumah tangga, Intan menyatakan bahawa pada usianya sekarang, sudah semestinya dia sudah bersedia.

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.”

Lebih senang tidak berkongsi hal peribadi, pelakon wanita itu menjelaskan bahawa dia merupakan seorang yang lebih gemar bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah peribadi sejak daripada dahulu lagi.

Harap kita akan dengar berita baik daripada pasangan merpati dua sejoli ini tak lama lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. K.nani

    January 5, 2021 at 12:35 pm

    Tahniah..Korang rock!! Tahniah jgk pada both parents korang sbb open minded biarpun umur byk beza. Yang penting bahagia. Ya bahagia itu lah yang susah dicari dan dibina bersama tapi hasilnya manisss.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top