Tiba-tiba bertiup khabar angin mengatakan bahawa pasangan Intan Ladyana Harris Alif kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan mereka.
Menurut khabar angin itu, pasangan yang mempunyai jarak usia 17 tahun ini bakal berkahwin pada Mac depan dan sedang dalam proses mencari lokasi yang seuai untuk menyambut hari bermakna itu.
Tidak menafikan atau pun mengiyakan berita tersebut, Intan menjelaskan bahawa dia akan berkongsi mengenai hal perkahwinan apabila sampai masanya malah menegaskan yang dia tidak akan merahsiakannya.
“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.”
Lebih senang tidak berkongsi hal peribadi, pelakon wanita itu menjelaskan bahawa dia merupakan seorang yang lebih gemar bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah peribadi sejak daripada dahulu lagi.
Harap kita akan dengar berita baik daripada pasangan merpati dua sejoli ini tak lama lagi.