Baru-baru ini, Intan Ladyana dikatakan sudah bertemu dengan kekasih hati baru. Malah, hubungan mereka cukup serius.
Peminat Intan yang sering mendoakan kebahagiaan beliau tertanya-tanya dan ingin sekali tahu siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya.
Namun, akibat beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini, Intan tidak mahu terlalu bercerita mengenai hal peribadinya kepada umum.
Malah, Intan juga enggan memberikan sebarang komen mengenai status terkini beliau.
Saya tidak mahu lagi bercerita tentang peribadi. Jika ada apa-apa perkembangan tentang kerjaya, saya akan kongsi.
Lagipun sebenarnya bagi sesiapa yang mengenali saya, saya memang seorang yang tidak suka memperbesar-besarkan gosip apatahlagi kontroversi. Status saya sekarang? Rahsia.
Ramai sebenarnya hendak lihat Intan Ladyana bahagia dan akhirnya bertemu dengan jejaka yang boleh bersama beliau sehingga ke akhir hayat.Tidak apalah, kami tahu ramai yang masih mendoakan yang terbaik buat anda meskipun tidak mengetahui siapakah jejaka yang berada didalam hati anda.