Intan Banyak Berbohong Sehingga Jatuhkan Maruah Saya – Ude Wahid

Hiburan

Intan Banyak Berbohong Sehingga Jatuhkan Maruah Saya – Ude Wahid

Hari ini suami kepada Izreen Azminda iaitu Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana Saleh sah bercerai talak satu. Perpisahan itu dibuat kerana Ude tidak lagi sayangkan Intan dan mendakwa rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, Ude menafikan dakwaan kononnya beliau membuat keputusan untuk bercerai secara mengejut tanpa memberikan alasan kukuh terhadap Intan. Pemuzik bebas itu mendakwa Intan banyak berbohong kepada masyarakat dan sudah menjatuhkan maruahnya.

Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum menfailkan kes perceraian. Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.

Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan.

Bagaimanapun, Ude enggan mendedahkan punca mereka berpisah kerana ia terlalu peribadi buat mereka selain ingin menjaga aib bekas isterinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

121 Comments

  1. bawang fairy

    March 23, 2018 at 9:50 am

    Masya Allah.. sebelom komen fikir dulu..sekarang dak2 tue lagi kecik bile dh besar ..baca lak komen pasal parent die org..x kesian ke. Doa yg tebaek je..semoga Intan ketemu jodoh yg tebaek untuknya..amin

  2. bunga

    March 22, 2018 at 11:13 pm

    Tak syg?? Mai kot mana anak kecik tak sampai setahun tu?? Lagi..ko yg terang2 tipu bini cari betina lain kot. Isteri mana tak terasa..tak sakit hati? Ingat si intan tu robot tak ada perasaan..ko sorg ja ada perasaan ke??? Buat bini mcm bola ja. Jenis laki dayus gini la.

  3. Gerammmmm

    March 22, 2018 at 9:53 pm

    Lelaki macam Ude ni pengecut. kesian tengok ko Ude. ko sia-siakan wanita yang dah lahirkan zuriat ko. Time ni memang ko tak rasa apa sebab ko muda, tunggu ko dah tua nanti. Mana nak tau takdir Allah andai dua orang tu je anak ko. Satu masa ko pasti terduduk Ude.

  4. Aku sebatang kara

    March 22, 2018 at 9:36 pm

    Gila talak ke apa Ude ni? Tahilalat pun semakin membesar aku tengok..

  5. Sumandak

    March 22, 2018 at 9:15 pm

    Tu la… Lenkali kalau rasa rumahtangga tu dah x boleh selamatkan n at the same time rasa jatuh cinta dengn org lain, lepaskan dulu elok2..baru kawin.. pasal lelaki gini, perempuan jugak yang kena.. yg satu kena cerai..satu kena label yang bukan2.

Loading...