Intai & Rakam Tuan Rumah Dan Anak Perempuannya, Lelaki Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura

Kehidupan

Intai & Rakam Tuan Rumah Dan Anak Perempuannya, Lelaki Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura

Seorang lelaki warganegara Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara 19 bulan di Singaputa selepas didapati bersalah atas tuduhan mengintai wanita.

Kes tersebut tular sebelum ini selepas dilaporkan oleh portal Mothership dan telah mendapat perhatian ramai orang kerana ia tentang pengkhianatan terhadap sebuah keluarga.

Advertisement

Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun itu telah diterima dan dibenarkan berkongsi tempat tinggal oleh keluarga berkenaan sejak selama hampir satu dekad yang lalu.

Dia yang bekerja sebagai operator mesin aeroangkasa telah didapati bersalah mengintai tuan rumahnya iaitu seorang wanita berusia 45 tahun ketika sedang mandi.

lelaki mengintai

Gambar hiasan

 

Rakam anak perempuan tuan rumah sejak umur 3 tahun

Kejadian berlaku pada 8 April 2024 ketika lelaki berkenaan berada di rumah bersama tuan rumahnya dan ketika itu dia cuba merakam wanita terbabit melalui celahan pintu bilik mandi.

Bagaimanapun, perbuatannya disedari dan wanita berkenaan menjerit sebelum lelaki tersebut melarikan diri ke biliknya manakala suami tuan rumah terbabit kemudian menghubungi pihak polis dengan segera.

Siasatan lanjut polis Singapura juga mendapati dia turut merakam anak perempuan wanita itu sejak kanak-kanak tersebut berusia tiga tahun.

Ketika menahan lelaki itu, polis telah merampas empat telefon dan sembilan perantai yang mengandungi video-video yang dirakam olehnya secara rahsia. Polis turut mendedahkan terdapat 13 video melibatkan tuan rumah dan sembilan lagi anak perempuannya di dalam telefon bimbit dan peranti itu.

mahkamah Singapura

 

Trauma mendalam

Rakaman paling awal dikesan pada 2018, ketika anak perempuan tersebut baru berusia tiga tahun. Dia turut mengakui pernah merakam anak kecil itu di bilik tidur ketika ibunya menukar pakaian dengan pintu terbuka.

Lebih mengejutkan, lelaki itu telah menyunting beberapa rakaman untuk menumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu badan mangsa dan video-video yang ini disimpan untuk kepuasan dirinya sendiri.

Dalam keterangannya di mahkamah, tuan rumah menyatakan bahawa perbuatan lelaki itu telah menyebabkan trauma mendalam kepada keluarga, terutama apabila mengetahui bahawa anak mereka turut menjadi mangsa.

Bagaimanapun, suami isteri tersebut membuat keputusan untuk tidak memberitahu anak mereka tentang rakaman itu kerana tidak mahu dia mengalami tekanan emosi.

Pada 30 Disember 2024 lalu, lelaki itu mengaku bersalah atas dua tuduhan. Mahkamah turut mengenakan perintah larangan identiti (gag order) untuk melindungi mangsa.

3 days ago

Pengawal Keselamatan Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura Kerana Terima Rasuah RM95

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Yahoo News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...