“InsyaAllah Dia Akan Berubah” – Netizen Kritik Zarina Zainuddin Minta Lesti Maafkan Suami ‘Kaki Pukul’?

Hiburan

“InsyaAllah Dia Akan Berubah” – Netizen Kritik Zarina Zainuddin Minta Lesti Maafkan Suami ‘Kaki Pukul’?

Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini ada memuat naik satu hantaran di Instagram menitipkan pesanan buat pasangan selebriti Indonesia yang kini sedang menjadi bualan warganet susulan kes didakwa suami ‘kaki pukul’.

Menerusi hantaran terbabit, Zarina memberi pesanan kepada si isteri iaitu Lesti (wanita yang dipukul) untuk kuat hadapi ujian ini dan terus kuat dalam ‘sepak terajang’ dalam kehidupan rumah tangga.

Advertisement

Bagaimanapun, hal yang menarik perhatian orang ramai apabila Zarina meminta Lesti untuk memaafkan kesalahan suami iaitu Rizky kerana yakin akan berubah seiring dengan peningkatan usia.

zarina zainuddin minta lesti maafkan suamiSumber : Murai  

Maafkan dia. InsyaAllah dia akan berubah menjadi lebih baik seiring usianya meningkat naik.

Susulan itu, ramai yang berasa tidak puas hati apabila pelakon berkenaan berkata seperti itu dan merasakan Zarina tidak sepatutnya berkata seperti itu jika tidak pernah situasi yang dihadapi oleh Lesti.

komen netizen

Barangkali sedar dirinya teruk dikecam dan nasihatnya disalah faham oleh netizen, Zarina membuat keputusan memadam hantaran berkenaan di Instagram.

Sekadar info, pasangan Indonesia yang sangat dikenali ramai telah mengejutkan ramai pihak apabila Rizky didakwa melakukan tindakan agresif terhadap isterinya dengan memukul serta mencekik hingga terjatuh di lantai.

2 years ago

"Datang Sehari Takkan Terus Jah*nam" - Awie Jawab Dakwaan 'Wings' Punca Akhlak Rakyat Kelantan Rosak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...